Tuesday, October 27, 2009

Pembentangan Kertas Kerja

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan bermula dengan pendaftaran peserta dan pembentang seawall pukul 7.00 pagi.

Encik Zoharí Said, Timbalan Pengarah, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam merupakan pembentang kertas kerja pertama dengan pembentangan bertajuk ”Pemantapan Sistem Pengurusan Sumber Manusia di Institut Pengajian Tinggi”.

Sesi pembentangan telah dipengerusikan oleh Encik Hussain Mohd Yasin, Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya.

Y Bhg Prof Datuk Dr Mohd Faiz Abd Hamid, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia telah membentangkan kertas verja bertajuk “Senergi Pendekatan Pengurusan Universiti Bersama Kesatuan / Persatuan Universiti.

Sesi pembentangan telah dipengerusikan oleh Encik Ruin Yahya, Presiden Kesatuan Kakitangan Am, Universiti Sains Islam Malaysia.

Y Bhg Prof Dr Raduan Che Rose, Penasihat Kepada Menteri Pengajian Tinggi telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Memperkukuhkan Sistem pengurusan dan Penyampaian.

Sesi pembentangan telah dipengerusikan oleh Encik Zulkefli, Presiden Kesatuan Kakitangan Am, UiTM.

Y Bhg Prof Madya Dr Zarina Hambali, daripada Jabatan Pengajian Tinggi KPIM, membentangkan kertas kerja bertajuk “ Transfomasi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

Sesi pembentangan telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Zailani Abd Razak, Presiden Kesatuan Kakitangan Am, Universiti Putra Malaysia.

Pada sesi petang pula, Encik Wan Azman Wan Omar, Pendaftar Universiti Putra Malaysia telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Pemantapan Urus Tadbir Yang Baik Daripada Peringkat Atasan hingga Bawahan.

Sesi pembentangan telah dipengerusikan oleh Encik Ramli Bujang, Presiden Kesatuan Kakitangan Am, Universiti Malaysia Sarawak.

Tuan Haji Omar Haji Osman, Presiden CUEPACS pula telah membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Kepimpinan Kesatuan / Pesatuan Di Institut Pengajian Tinggi.

Sesi pembentangan telah dipergerusikan oleh Puan Zaiton Toman, Penolong Setiausaha Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada sesi Pembentangan 1 telah dibentangkan oleh YM Ku Hasnan Ku Halim dan telah dipengerusi oleh Encik Jamal Nasir Abdul Wahab, Presiden Kesatuan Kakitangan Am UTeM.

Pembentangan 2 oleh Puan Siti Sarawati Sohar daripada UTHM dan telah dipengerusikan oleh Encik Faizal Naim, Presiden Kesatuan Kakitangan Am UTHM.

Pembentangan 3 merupakan pembentangan terakhir pada hari ini telah dibentangkan oleh Prof Madya Dr Raja Rosean Raja Abd Rahim, Presiden Persatuan Pegawai Akademik UTeM dan Encik Amat Jutrah Haji Musnih telah menjadi pengerusi sesi. Beliau merupakan Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah.

No comments:

Post a Comment