Thursday, August 27, 2009

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan - Penganjur

Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) yang telah ditubuhkan pada Januari 2008 adalah organisasi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang berperanan membawa transformasi dalam pengajian tinggi di Malaysia selaras dengan objektif Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara.

Program Geran Penyelidikan AKEPT dimulakan pada tahun 2008 bagi menghasilkan penyelidikan berprofil tinggi sebagai usaha memperkasa pengajian tinggi. Teras penyelidikan adalah perluasan pengetahuan, pemahaman, mendalami teori, pembangunan dan praktis dalam konteks kepimpinan, keberkesanan organisasi serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang efisyen. Program ini turut memberi fokus terhadap usaha mewujudkan hubungan antara disiplin, peluang bekerjasama dan hubungan sinergistik bersama para sarjana, golongan penyelidik
berwibawa, pemimpin organisasi di kalangan industri dan sektoral serta institusi penyelidikan tempatan dan antarabangsa

Tuesday, August 25, 2009

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan - Brochure

Sila isi dan kirimkan borang pendaftaran bersama-sama dengan bayaran kepada urusetia di alamat seperti yang berikut:

Urusetia Persidangan Kebangsaan
d/a Institut Peradaban Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak


Brochure sila klik (disini)

Friday, August 21, 2009

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan - Dirasmikan oleh

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan - Bagaimana ke sana

GRAND SEASONS HOTEL KL
No 72, Jalan Pahang
53000 Kuala Lumpur

Thursday, August 20, 2009

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan- Tarikh Penting

Tarikh Penting untuk Perhatian

Abstrak:

Tajuk kertas kerja dan abstrak hendaklah sampai di Pejabat Urusetia Persidangan sebelum 1hb September 2009.

Kertas Kerja Penuh

Kertas kerja penuh hendaklah sampai ke Urusetia Persidangan tidak lewat dari 1hb Oktober 2009

Penyerahan Abstrak dan Kertas Kerja Penuh

Floppy disk dalam format PC Microsoft Word hendaklah disertakan bersama dengan manuskrip. Penyerahan melalui e-mail amat dialu-alukan.

e-mailkan kepada: gakumipta@yahoo.com.my atau asiah@ipm.upsi.edu.my

Yuran Persidangan seorang

RM 380.00 (Termasuk pakej persidangan dan penginapan 3hari 2 malam)

Bahasa Pesidangan

Bahasa Melayu

Sila isi dan kirimkan borang pendaftaran bersama-sama dengan bayaran kepada urusetia di alamat:

Urusetia Persidangan Kebangsaan
Institut Peradaban Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak.

Hubungi ditalian:

Telefon pejabat - 05-4584142, 05-4505496, 05-450495 atau 013-4394154

Fax – 05-4595314

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan - Penyertaan

Sasaran Penyertaan

Persidangan ini mengalu-alukan penyertaan daripada ahli politik, penyelidikan, pendidik, usahawan, saintis, ahli motivasi, sejarahwan, pentadbiran dan pengurusan, ahli professional dan penuntut serta mereka yang berminat dalam mana-mana aspek Kepimpinan, Pengurusan Pentadbiran, Urus Tadbir yang baik dan lain-lain dalam Pengajian Tinggi amnya.

Fokus Persidangan

Adalah dicadangkan supaya kertas kerja meliputi:

Perlaksanaan modal insan bersepadu melalui pembentukan, amalan, ciri-ciri dan kesan dalam profesioan seperti pendidikan, penulisan, penyelidikan, sains, perniagaan, perundangan pentadbiran dan pengurusan bagi menjamin gemilang.

Pelawaan Membentang Kertas Kerja

Pelawaan ditujukan kepada sesiapa yang berminat membentangkan kertas kerja mengenai mana-mana aspek dari tema Persidangan ini dan juga sesiapa yang berminat menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan.

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan

Pendahuluan

Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) dan Akademik Kepimpinan Tinggi Malaysia (AKEPT) julung-julung kali bekerjasama untuk mengadakan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan
Tema

“TRANSFORMASI KEPIMPINAN MENJULANG KUALITI PENGAJIAN TINGGI”.
Tema ini dirasakan sangat relevan pada masa kini selaras dengan hasrat dan visi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi melahirkan kepimpinan yang membawa pendekatan baru untuk melahirkan sebuah generasi yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan awam. Tema ini dicadangkan agar ianya meliputi keseluruhan proses dalam menghasilkan kepimpinan yang meliputi cara perlaksanaan, pembetukan amalan transfomasi ciri-ciri dan kesan dalam profesion seperti pendidikan, penulisan, penyelidikan, sains, perniagaan, perundangan, pentadbiran dan pengurusan bagi menjamin generasi gemilang diperingkat IPTA amnya dan Kementerian Pengajian Tinggi Khasnya.

Mesyuarat Jawatankuasa Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan

TELAH DIADAKAN DI BILIK MAJLIS, BANGUNAN CANSELORI, ARAS 5, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR PADA 20 HB OGOS 2009. PERBINCANGAN BERKAITAN TUGAS-TUGAS SETIAP PENGERUSI JAWATANKUASA YANG TELAH DILANTIK. TELAH DIPENGERUSIKAN OLEH YM KU AZMI KU IBRAHIM.

PERKARA: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGURUSAN KEPIMPINAN

TEMA: TRANSFOMASI KEPIMPINAN MENJULANG KUALITI PENGAJIAN TINGGI

TARIKH: 25HB HINGGA 27HB OKTOBER 2009

BERTEMPAT: HOTEL GRAND SEASON, KUALA LUMPUR