Friday, September 11, 2009

Mesyuarat Persidangan Kebangsaan Kepimpinan- Universiti Putra Malaysia


Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan yang telah diadakan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia pada 11hb September 2009, jam 3.00 petang bertempat di Bilik VIP telah dipengerusikan oleh Presiden GAKUM, Tuan Haji Omar Osman selaku Presiden CUEPACS. Mesyuarat berkenaan telah membincangkan perkembangan terkini perkara-perkara berkaitan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan yang akan diadakan pada Oktober 2009.

Tahniah dan terima kasih diatas kesudian KEPERTAMA yang telah menjadi tuan rumah mesyuarat tersebut disamping menganjurkan majlis berbuka puasa. Majlis berbuka puasa turut dihadiri semua Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana yang diketuai oleh YM Ku Azmi Ku Ibrahim selaku Pengerusi Persidangan.

Turut hadir, Cik Nazeema Mohamed Yusof (UPSI), Setiausaha Persidangan, Tuan Hj Zailani Abd Razak (UPM), Encik Mohd Apandi Mohd Said (UPM), Encik Noor Mohamad Zin Mohamad Naim (UPM), Puan Zaiton Osman (UKM), Encik Abdul Rahman Nordin (UKM), Encik Khalid Muhammad (UIAM), Encik Rosli Sihat (UiTM), Encik Jamal Nasir Abdul Wahab (UTeM), Encik Shahran Moksen (UTeM), Encik Khalid Ahmad (USM), Encik Ayob Jabal (UTM), Encik Bahrim Md Kassim (UTM), Encik Razak Darus (UM) serta Encik Zainal Aris (UM).

No comments:

Post a Comment