Thursday, August 20, 2009

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan

Pendahuluan

Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) dan Akademik Kepimpinan Tinggi Malaysia (AKEPT) julung-julung kali bekerjasama untuk mengadakan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan
Tema

“TRANSFORMASI KEPIMPINAN MENJULANG KUALITI PENGAJIAN TINGGI”.
Tema ini dirasakan sangat relevan pada masa kini selaras dengan hasrat dan visi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi melahirkan kepimpinan yang membawa pendekatan baru untuk melahirkan sebuah generasi yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan awam. Tema ini dicadangkan agar ianya meliputi keseluruhan proses dalam menghasilkan kepimpinan yang meliputi cara perlaksanaan, pembetukan amalan transfomasi ciri-ciri dan kesan dalam profesion seperti pendidikan, penulisan, penyelidikan, sains, perniagaan, perundangan, pentadbiran dan pengurusan bagi menjamin generasi gemilang diperingkat IPTA amnya dan Kementerian Pengajian Tinggi Khasnya.

No comments:

Post a Comment