Tuesday, September 29, 2009

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pelaksana sempat merakamkan gambar kenang-kenangan bersama pengerusi mesyuarat, Tuan Haji Hussain Bin Mohd Yasin, Timbalan Presiden GAKUM selaku Timbalan Presiden II, CUEPACS sebelum mesyuarat Jawatankusa Pelaksana Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kempimpinan yang telah diadakan di Bilik Majlis, Paras 5, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor pada 29hb September 2009 jam 2.30 petang.

Thursday, September 17, 2009

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan - Selamat Hari Raya

Jawatankuasa Pelaksana Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua Kakitangan Awam seluruh Malaysia. Maaf Zahir dan Batin.

Friday, September 11, 2009

Mesyuarat Persidangan Kebangsaan Kepimpinan- Universiti Putra Malaysia


Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan yang telah diadakan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia pada 11hb September 2009, jam 3.00 petang bertempat di Bilik VIP telah dipengerusikan oleh Presiden GAKUM, Tuan Haji Omar Osman selaku Presiden CUEPACS. Mesyuarat berkenaan telah membincangkan perkembangan terkini perkara-perkara berkaitan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan yang akan diadakan pada Oktober 2009.

Tahniah dan terima kasih diatas kesudian KEPERTAMA yang telah menjadi tuan rumah mesyuarat tersebut disamping menganjurkan majlis berbuka puasa. Majlis berbuka puasa turut dihadiri semua Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana yang diketuai oleh YM Ku Azmi Ku Ibrahim selaku Pengerusi Persidangan.

Turut hadir, Cik Nazeema Mohamed Yusof (UPSI), Setiausaha Persidangan, Tuan Hj Zailani Abd Razak (UPM), Encik Mohd Apandi Mohd Said (UPM), Encik Noor Mohamad Zin Mohamad Naim (UPM), Puan Zaiton Osman (UKM), Encik Abdul Rahman Nordin (UKM), Encik Khalid Muhammad (UIAM), Encik Rosli Sihat (UiTM), Encik Jamal Nasir Abdul Wahab (UTeM), Encik Shahran Moksen (UTeM), Encik Khalid Ahmad (USM), Encik Ayob Jabal (UTM), Encik Bahrim Md Kassim (UTM), Encik Razak Darus (UM) serta Encik Zainal Aris (UM).

Monday, September 7, 2009

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan - Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana


SEPERTI DI SENARAI EDARAN

Tuan/Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGURUSAN KEPIMPINAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 11 September 2009 (Jumaat)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Kepertama Universiti Putra Malaysia Selangor, Selangor

3. Kerjasama tuan/puan agar dapat menghadirkan diri ke mesyuarat ini. Di atas segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


(Moktar Bin Abdullah)
Pendaftar
Akademik Kepimpinan Pengajian Tinggi
b/p Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

s.k Pendaftar IPTA